SUBANG – Jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim diterbangkan dari Pangkalan Udara Subang pada pukul dengan helikopter MI-17 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat pada pukul 8.51 pagi tadi.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad antara orang kenamaan yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.
Beliau hadir bersama Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke kampung halamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah untuk dikebumikan.
Muhammad Adib disahkan menghembuskan nafas pada pukul 9.41 malam tadi di Institut Jantung Negara di sisi ahli-ahli keluarganya.
Muhammad Adib disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 Isnin malam selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat cedera parah dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield pada 27 November lalu.
Ahad lalu, Institut Jantung Negara melalui satu kenyataan memaklumkan kesihatan Muhammad Adib kembali merosot apabila paru-parunya gagal berfungsi terpaksa memasukkan semula sistem Veno-Venous ECMO pada jam 9 malam Isnin untuk membantu keperluan sistem pernafasannya. – MalaysiaGazette