Home Utama Ibu saudara mahu pembunuh Muhammad Adib dikenakan hukuman setimpal

Ibu saudara mahu pembunuh Muhammad Adib dikenakan hukuman setimpal

Ibu saudara kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Nurul Huda Ajis ,53 tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemubual mengenai pemergian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akibat insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, Kedah. foto AFFAN FAUZI, 18 DISEMBER 2018

KUALA KEDAH – Melihat Muhammad Adib Mohd Kassim membesar di hadapan matanya selama 24 tahun, tentunya berita kematian anggota bomba itu malam tadi meninggalkan kesan yang bukan sedikit kepada Nurul Huda Ajis, 53.

Terdiam seketika sebaik ditanya wartawan tentang Allayarham Muhammad Adib malah ada waktunya beliau terus kehilangan kata-kata kerana tidak dapat menahan sebak terlalu sedih dengan peristiwa yang menimpa anak saudaranya itu.

MGF18122018_ADIB MENINGGAL08_1
Sebahagian ahli keluarga melihat proses pengurusan jenazah Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menerusi telefon bimbit yang meninggal akibat insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, Kedah. foto AFFAN FAUZI, 18 DISEMBER 2018

Nurul Huda memberitahu, Allahyarham Muhammad Adib merupakan anak yang tidak banyak bercakap dan pemalu.

“Saya tidak sangka dia pergi begitu cepat,” katanya.

MGF18122018_ADIB MENINGGAL07_1
Ibu saudara kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Nurul Huda Ajis ,53 tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemubual mengenai pemergian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akibat insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, Kedah. foto AFFAN FAUZI, 18 DISEMBER 2018

Nurul Huda mahu penjenayah yang menyebabkan kematian Muhammad Adib dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatannya itu.

Suasana sedih dan muram di rumah keluarga Muhammad Adib di Kampung Tebengau Tepi Laut di sini menanti ketibaan jenazah Muhammad Adib yang meninggal dunia selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat cedera parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman 26 November lalu. – MalaysiaGazette