Home Politik Nurul Izzah letak jawatan kerana perkembangan politik dalam PH

Nurul Izzah letak jawatan kerana perkembangan politik dalam PH

Saifudin Nasution Ismail
Saifudin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR – Pemangku Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merumuskan peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar disebabkan perkembangan politik dalam Pakatan Harapan (PH) akhir-akhir ini.

Katanya beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan pertemuan selama dua jam dengan Nurul Izzah malam tadi bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu meletak jawatan selaku naib presiden dan juga pengerusi PKR Pulau Pinang.

“Tindakan beliau itu langsung bukan didorong oleh apa yang disifatkan segelintir pihak berkaitan dengan gejolak yang berlaku dalam PKR… tetapi lebih kepada PH itu sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

“Dua puluh tahun mengenali Nurul Izzah, beliau seorang yang mendukung idealisme perjuangan, sangat komited dengan agenda reformasi serta bersungguh-sungguh mahu melihat PH melaksanakan agenda reformasi ke arah kebaikan rakyat. Dengan itu saya hormat keputusan beliau,” katanya.- BERNAMA