Home Nasional Polis tutup laluan kuil Seafield

Polis tutup laluan kuil Seafield

KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini mengerahkan hampir 90 Unit Tempur Ringan (LSF) berkawal di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman USJ25 Subang Jaya sebagai langkah berjaga-jaga daripada sebarang insiden buruk.

Laluan Persiaran Kewajipan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di susur keluar Putra Heights-USJ ditutup kira-kira jam 6 pagi tadi sebagai langkah keselamatan.

Bagaimanapun, lalu lintas di kawasan kuil itu kembali lancar sebaik sahaja dibuka semula kepada pengguna jalan raya kira-kira jam 9 pagi tadi, menurut BH Online.

Sejak jam 11.45 pagi tadi, keadaan sekitar kuil kontroversi itu kelihatan terkawal.

Beberapa petugas media turut kelihatan berkumpul di kawasan berkenaan bagi membuat liputan.

Selain kuil, difahmkan kira-kira 100 anggota LSF turut ditempatkan di bangunan pusat beli-belah One City yang terletak berhampiran kuil berkenaan.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan petugasnya termasuk LSF bagi mengawal keselamatan di kuil berkenaan ekoran kejadian rusuhan pada 26 November dan 27 November lalu.

Pada awal pagi 26 November, 23 kenderaan musnah dibakar, manakala cermin pusat beli-belah One City turut dipecah dan dirosakkan.

Dalam kejadian 27 November pula, seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, parah akibat diserang perusuh.

Bagaimanapun selepas tiga minggu menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Muhammad Adib disahkan meninggal dunia jam 9.41 malam tadi. – MalaysiaGazette