Tanpa sepatah kata, Mohd Kassim Abdul Hamid melangkah perlahan meninggalkan bangunan Institut Jantung Negara (IJN) untuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di mana jenazah anaknya Muhammad Adib akan dibedah siasat.
Wajahnya kelihatan sugul dan hiba, pastinya tidak menyangka tragedi yang menimpa anaknya pada 26 November lalu aku berakhir dengan beliau terpaksa mengharungi sebuah kehilangan.
Mohd Kassim serta ahli keluarga yang lain berada di sisi Allahyarham sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Tentunya sebagai jurugambar yang bertugas merakamkan detik-detik ini, hati saya turut dipagut rasa sedih namun sudah pasti itu perasaan itu tidak separah yang dialami lelaki ini.
Apatah lagi dalam keadaan Allahyarham Muhammad Adib sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 22 Disember ini, ternyata hasrat untuk melihat anaknya ke jinjang pelamin tidak kesampaian.
Sesungguhnya, tragedi yang menimpa Muhammad Adib banyak pengajaran, ia bukan sahaja membawa luka kepada keluarga Allahyarham tetap turut menyuntik duka di hati semua rakyat Malaysia.