Home Ekonomi 1MDB: MAS kenakan larangan seumur hidup kepada Tim Leissner

1MDB: MAS kenakan larangan seumur hidup kepada Tim Leissner

Tim
Tim Leissner

SINGAPURA – Bank pusat Singapura mengeluarkan arahan larangan seumur hidup kepada pegawai Goldman Sachs, Tim Leissner selepas beliau mengaku bersalah terhadap dakwaan berkaitan isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Larangan tersebut merupakan naik taraf hukuman selama 10 tahun oleh Monetary Authority of Singapura (MAS) yang dikeluarkan kepada Leissner tahun lepas.

Larangan tersebut antara lain menghalang beliau daripada menjalankan sebarang aktiviti di bawah Akta Sekuriti dan Kontrak Hadapan (SFA).

Goldman Sachs berada di bawah penilitian selepas membantu 1MDB mendapatkan dana melalui bon yang kemudiannya menjadi subjek siasatan di sekurang-kurangnya enam negara.

“Selepas membuat pertimbangan sewajarnya susulan Leissner mengaku terlibat di dalam konspirasi tersebut dan juga tindakan yang dikenakan oleh Department of Justice ke atas beliau, MAS telah membuat keputusan untuk mengenakan larangan seumur hidup ke kepada beliau,” kata MAS dalam satu kenyataan.

Goldman Sachs menafikan sebarang salah laku.- Reuters