Home Dunia 53 polis ambil rasuah dari kartel dadah ditahan

53 polis ambil rasuah dari kartel dadah ditahan

Kawasan tumpuan penagih dadah terkenal yang digelar 'Crackland' di Sao Paulo. foto Agensi

SAO PAULO – Lebih 50 pegawai polis yang mengawasi kawasan yang sama di Sao Paulo ditahan dan didakwa mengambil rasuah daripada geng dadah terbesar Brazil.

Unit siasatan dalaman polis Sao Paulo kini sedang bekerja dengan pendakwa raya untuk memberi tumpuan terhadap usaha memerangi geng dadah paling berkuasa First Capital Command (PCC).

PCC semakin membesar sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kini dipercayai menguasai pengambilan kokain dan senjata api ke Brazil.

Malah, kumpulan itu juga mempunyai rangkaian yang membawa masuk dadah ke negara-negara jiran, juga ke Afrika dan Eropah melalui pelabuhan-pelabuhan Brazil.

Sehingga lewat petang, seramai 53 anggota polis dari Batalion 22 ditahan, iaitu kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan pasukan keselamatam, menurut pendakwa raya.

Tiga suspek daripada PCC turut ditahan.

Usaha menangani kumpulan dadah menjadi keutamaan Presiden Jair Bolsonaro dan secara terbuka menyeru polis untuk membunuh anggota geng dadah yang disyaki.- MalaysiaGazette