KUALA LUMPUR – Selepas menempelak Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mempunyai IQ seperti lobak pada November lalu, bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kembali dengan ciapan pedas di Twitter.
Terbaharu, Ahli Parlimen Rembau itu menganggap cadangan Lokman untuk membawa masuk bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak bagi mengambil alih tugas sebagai Ketua Pembangkang sementara Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercuti sebagai idea yang kurang bernas.
“Tak ada orang yang akan memberi cadangan bingai macam ni.
“Saya yakin @LokmanAdam pun tak bongap macam ni. Eh,” katanya dalam status Twitternya.
Semalam, Lokman mengemukakan cadangan supaya Najib dilantik sebagai Ketua Umum UMNO dan Ketua Pembangkang, sementara Ahmad Zahid bercuti
Tambah beliau, UMNO memerlukan khidmat seorang pemimpin berpengalaman dan dihormati oleh Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang masih belum melompat mahupun yang sudah melompat.
“Perlantikan ini sangat penting bagi memastikan kestabilan UMNO memandangkan lebih dari separuh ahli UMNO yang mengundi Ahmad Zahid sudah pasti tidak boleh menerima kepimpinan.
“Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan yang sekalipun tidak pernah mempertahankan Presiden ketika beliau diserang oleh pihak yang mahu beliau bercuti,” kata Lokman. -MalaysiaGazette
Zahid bercuti, satu kemenangan besar kepada Dr Mahathir