Home Dunia Pemandu keletihan langgar 4 Ferari

Pemandu keletihan langgar 4 Ferari

Bahagian belakang Ferari putih yang remuk dilanggar oleh seorang pemandu van. Foto Agensi

TAIPEI – Seorang pemandu penghantaran barang-barang yang melanggar empat buah Ferari mungkin berhadapan dengan caj bil baik pulih mencecah enam angka.

Ketika kejadian, Lin, yang berusia 20 tahun sedang dalam perjalanan menghantar kertas di daerah Shiding.

Taiwan Mirror melaporkan, Lin memandu dengan kelajuan 40 kilometer sejam ketika dia melanggar kereta-kereta mewah yang dipakir di tepi jalan semasa pemandu-pemandu sedang mengadakan pertemuan.

ferari biru

Lelaki itu dikatakan terlalu penat kerana terpaksa menghantar barang sepanjang malam bagi membantunya ibunya yang kurang sihat.

Van Nissan yang dipandu Lin telah merempuh Ferari 488, Ferari F12, sebuah Ferari biru dan merah.

Kemalangan itu menyebabkan bahagian kiri belakang kereta Ferari kuning remuk dengan cermin tepinya pecah.

Kos membaik pulih kereta itu dianggarkan TW$3.5 juta (AS$100,000).

F12 mengalami remuk besar di bahagian belakangnya. Media menganggarkan pembaikan untuk F12 boleh menelan belanja sehingga TW$5 juta (AS$160,000).

Ferari kuning

Dua kenderaan lain tidak rosak teruk.

Pemilik Ferrari merah mengatakan beliau tidak akan meminta ganti rugi.

Polis berkata, susulan liputan meluas daripada media, Lin mendapat sokongan daripada orang ramai termasuk ada yang menawarkan bantuan kewangan. – MalaysiaGazette