Home Nasional Propaganda hutang RM1 trilion alasan untuk jual aset negara

Propaganda hutang RM1 trilion alasan untuk jual aset negara

Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata, masih ada individu yang percaya hutang kerajaan Malaysia mencecah RM1 trilion.

Sedangkan, katanya, pengesahan yang dibuat oleh Menteri Kewangan pada bulan Oktober lalu menyatakan jumlah hutang itu termasuk pembayaran pajakan atau liabiliti sehingga tahun 2045.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, yang mempertahankan propaganda RM1 trilion itu beranggapan hutang rasmi kerajaan perlu dicampur dengan liabiliti kerana liabiliti juga perlu dibayar.

Soal Ahli Parlimen Pekan itu, ada tak negara lain di dunia ini yang mengumumkan dan menggunakan hutang liabiliti sebagai hutang rasmi negara.

“Takkan negara-negara lain di dunia tak ada liabiliti ataupun pajakan? Takkan Malaysia sahaja negara di dunia yang menggunakan kaedah pengiraan ini?

“Lencun, oh lencun,” sindir Najib.

Najib tetap mempertahankan bahawa propaganda hutang negara RM1 trilion itu adalah alasan terbaik untuk kerajaan Pakaran Harapan mengelak daripada melaksanakan janji-janji manifesto dan untuk menjual aset-aset negara. – MalaysiaGazette