Home Dunia Kematian dua wanita disiasat sebagai serangan pengganas

Kematian dua wanita disiasat sebagai serangan pengganas

Louisa Vesterager Jespersen, (kiri) and Maren Ueland. foto Agensi

MARRAKESH – Kematian dua pelancong wanita di Morocco baru-baru ini disiasat sebagai serangan pengganas.

Perdana Menteri, Lars Lokke Rasmussen berkata, tiga lelaki ditahan hari ini susulan penemuan mayat Louisa Vesterager Jespersen, 24, dari Denmark dan Maren Ueland, 28, dari Norway.

Kedua-duanya ditemui mati dengan kesan luka pisau pada leher di tempat tumpuan pelancong pada Isnin lalu.

Sekurang-kurangnya salah seorang suspek dikaitkan dengan kumpulan pengganas.

Seorang suspek telah ditahan pada hari Isnin, beberapa jam selepas mayat ditemui dan serentak itu polis mengedar tiga keping gambar.

Laporan media Morocco memaklumkan kesemua mereka merupakan juru pandu.

Ketiga-tiga mereka ditahan di Marrakesh. – MalaysiaGazette