Home Ekonomi Ringgit diunjur 4.15 kepada dolar pada hujung tahun

Ringgit diunjur 4.15 kepada dolar pada hujung tahun

Ringgit gagal mengekalkan kenaikannya semalam apabila dibuka rendah pagi ini berbanding dolar AS apabila para pelabur beralih kembali kepada aset lebih berisiko, kata para peniaga.

KUALA LUMPUR – Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan sasaran ringgit kepada 4.15 kepada dolar US pada hujung tahun, dan pada masa yang sama menguji paras 4.20 dalam tempoh terdekat.

Dalam notanya hari ini, firma penyelidikan itu berkata, keputusan Rizab Persekutuan (Fed) menaikkan kadar faedah jangka pendeknya sebanyak 25 mata asas pada Rabu, akan memudaratkan dolar US pada 2019.

“Ini juga bermakna mengurangkan tekanan ke atas mata wang pasaran pesat membangun. Walaupun, kami menjangkakan tekanan ke atas ringgit akan berterusan sehingga 2019 disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi global, ia (iekanan) dijangkakan berkurangan,” katanya.

Dalam negara, Kenanga Investment berkata, isyarat Fed yang kurang memihak kepada kadar faedah rendah dan mengurangkan bilangan kenaikan kadar seperti dirancang, akan memberikan ruang yang lebih baik kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan pendirian akomodatif ke atas dasar monetari.

“Kami menjangkakan BNM akan mengekalkan pendirian monetari yang akomodatif dan mengekalkan kadar dasar semalaman pada 3.25 peratus pada 2019,” katanya. – MalaysiaGazette

+ posts