Home Nasional BSN selesaikan baki hutang kereta Adib

BSN selesaikan baki hutang kereta Adib

Pemuda Amanah Nasional akan tanggung kos Badal Haji untuk Allahyarham Muhammad Adib.
Kerajaan hari ini sudah menerima laporan interim daripada Jawatankuasa Khas Teknikal Kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

KUALA LUMPUR – Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini mengumumkan membantu menyelesaikan baki pembiayaan kereta Allahyarham Muhammad Adib atas dasar sosial korporat dan prihatin.

Ketua Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd Ghani dalam satu kenyataan berkata,
tindakan itu dilakukan bagi meringankan beban keluarga arwah.

Beliau berkata pihaknya juga merakamkan salam takziah kepada keluarga allahyarham dan pastinya jasanya akan dikenang.

“Pemergian Allahyarham Muhammad Adib amat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi kejadian berlaku ketika arwah sedang bertugas.

“Kami akan membantu keluarga arwah Muhammad Adib dalam menyelesaikan baki pembiayaan keretanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Allahyarham baharu sahaja membeli kereta dengan mendapat pembiayaan daripada BSN.

Kereta Perodua Myvi itu disimpan di kampungnya di Kampung Tebengau Tepi Laut, Kuala Kedah, Alor Setar untuk kegunaan selepas berkahwin. – MalaysiaGazette