KUALA LUMPUR- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$101.4 bilion setakat 14 Disember lalu.
“Kedudukan rizab tersebut mencukupi untuk menampung 7.4 bulan import berterusan dan sekali ganda hutang luaran jangka pendek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jumlah rizab tersebut menyusut sedikit berbanding AS$102 bilion yang direkodkan setakat 30 November lalu.-MalaysiaGazette