Home Dunia Arab Saudi struktur semula perkhidmatan risikan selepas pembuhan Khashoggi

Arab Saudi struktur semula perkhidmatan risikan selepas pembuhan Khashoggi

Khashoggi
Jamal Khashoggi dilihat memasuki bangunan konsulat pada 2 Oktober lalu dan tidak keluar dari premis berkenaan. foto BBC

RIYADH – Arab Saudi mengumumkan pembentukan tiga badan kerajaan baharu yang bertujuan menambahbaik operasi perisikan berikutan pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi yang mencetuskan kemarahan dunia.

Raja Salman mengarahkan penstrukturan semula perkhidmatan perisikan pada Oktober lalu yang mana pihak berkuasa pada awalnya membuat penafian namun mengakui Khashoggi telah dibunuh dalam konsulat negara itu di Istanbul oleh perisik dan agen Arab Saudi.

Riyadh mendakwa sepasukan 15 orang dikumpulkan oleh Timbalan Ketua Perisikan Am, Ahmed al-Asiri yang dipecat oleh raja itu selain penasihat diraja, Saud al-Qahtani yang turut dipecat.

Jabatan kerajaan baharu itu, untuk strategi dan pembangunan, hal ehwal perundangan serta penilaian prestasi dan kajian semula dalaman – bertujuan memastikan operasi perisikan selari dengan dasar keselamatan negara, undang-undang antarabangsa dan perjanian hak asasi manusia, lapor agensi SPA seperti dipetik Reuters.

Ia diwujudkan oleh sebuah jawatankuasa yang diterajui Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang juga Menteri Pertahanan. Beliau telah menafikan dakwaan mengarah membunuh Khashoggi yang nerupakan pengkritik puetara mahkota berusia 33 tahun itu.

Sekutu baratnya telah meminta Riyadh bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu. Pendakwaraya awam mahu mengenakan hukuman mati terhadap lima suspek ketika Riyadh cuba menangani krisis politik terbesar itu.

Pada minggu lalu, Senat Amerika Syarikat menyalahkan Putera Mohammed terhadap pembunuhan itu, merupakan kutukan terbuka Presiden Donald Trump, yang menyatakan beliau mahu Washington menyokong pemimpin de facto itu walaupun penilaian Agensi Perisikan Pusat (CIA) mendapati beliau mungkin mengarahkan pembunuhan tersebut. – Agensi