JAYAPURA, Indonesia – Para pemimpin wilayah Papua menggesa Presiden Joko Widodo mengarahkan pengunduran tentera dan polis dari sebuah kawasan puak pemisah melakukan serangan berdarah pada awal bulan ini.
Gabenornya, Lukas Enembe berkata, orang awam yang melarikan diri ke dalam hutan kini penderitaan yang tidak sepatutnya berlaku, lapor AP.
Beliau berkata, pejuang pro-kemerdekaan mungkin tidak lagi berada di kawasan Nduga di mana serangan dilakukan di tapak pembinaan lebuh raya Trans Papua, mengakibatkan sekurang-kurang 17 pekerja terbunuh pada 2 Disember lalu.
Selepas bermesyuarat dengan ahli parlimen daerah, peminpin gereja serta pemimpin puak, Enembe berkata, Nduga sepatutnya bebas daripada tentera dan polis Indonesia bagi membolehkan penduduknya meraikan Krismas dalam suasana aman.
Pada mesyuarat tersebut, para pegawai Papua bersetuju mewujudkan pasukan petugas untuk menyiasat pembunuhan di Nduga dan keganasan lain. – Agensi