JAKARTA- Tsunami yang melanda Pandeglang, Serang dan Lampung Selatan, Indonesia malam tadi telah mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 582 mangsa, kata Ketua Perhubungan Awam Agensi Bantuan Bencana Kebangsaa Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho.
Dua orang dikhuatiri masih hilang manakala belasan bangunan rosak teruk, tambahnya.
Tsunami berkenaan dikatakan berlaku akibat kombinasi tanah runtuh di dasar laut disebabkan oleh letusan gunung berapi, kata Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geologikal Indonesia.
“Agensi mengesan letusan gunung berapi dari Anak Krakatau pada jam 9.03 malam waktu tempatan dan tsunami dikesan berlaku 24 minit kemudian.
“Terdapat kemungkinan hasil letusan tersebut jatuh ke dalam laut dan seterusnya mencetuskan tsunami yang turut menjejaskan kawasan pantai sekitar Selat Sunda.
Sebahagian penduduk melarikan diri mencari tempat perlindungan selepas terjadinya tsunami.-MalaysiaGazette