Home Dunia iPhone kalis air selamatkan mangsa bot karam

iPhone kalis air selamatkan mangsa bot karam

OKINAWA- Telefon pintar kalis air bukan sahaja bermanfaat menahan tumpahan kopi malah mungkin mampu menyelamatkan nyawa.

Contohnya, seorang pekerja Agensi Pengurusan Bencana Persekutuan California, Rachel Neal dan rakan-rakannya telah menyewa sebuah bot di pesisir Okinawa, Jepun sebelum bot berkenaan karam akibat ombak besar dan menyebabkan lapan penumpangnya terapung-apung di tengah laut dengan memakai jaket keselamatan.

Neal bernasib baik kerana membawa bersama telefon pintarnya di dalam sebuah beg dan meskipun telefon tersebut dibasahi air laut, dia masih mampu membuat panggilan kepada pasukan kecemasan terdekat selepas cubaan untuk menggunakan telefon-telefon lain tidak berhasil.

Pasukan menyelamat tiba kira-kira 90 minit kemudian dan kesemua mangsa diselamatkan menggunakan helikopter.

Model sebenar telefon pintar tersebut tidak diketahui tetapi terdapat kemungkinan ia adalah jenama iPhone dengan penarafan kalis air IP67.

Telefon-telefon yang mempunyai penarafan IP67 mampu tenggelam di kedalaman 1.5 meter selama 30 minit.- Agensi