BENTONG – Jika anda menggemari aktiviti lasak dan mencari destinasi untuk diterokai, Lata Fareena yang terletak di Tanah Aina Fareena di 54KM Lebuhraya Karak-Lentang di sini merupakan lokasi sesuai untuk dikunjungi.
Ini kerana kawasan hutan yang masih dara menyediakan pakej lengkap bagi penggemar aktiviti lasak seperti merentasi bukit, menaiki tangga dan meredah sungai.
Lata Fareena juga dilihat sesuai bagi warga bandar ‘melarikan diri’ daripada suasana hiruk-pikuk kota metropolitan untuk menikmati keindahan alam semula jadi.
Baru-baru ini, penulis telah berkesempatan meneroka sendiri keunikan dan keindahan biodiversiti yang terdapat di sana.
Dan pengunjung pastinya pulang dengan perasaan terpegun kerana kecantikan persekitaran yang nyaman dan mendamaikan serta lebih menarik amat sesuai untuk aktiviti keluarga dan berkumpulan.
Malah perjalanan secara santai ke Lata Fareena hanya mengambil masa selama sejam untuk sampai sebelum dapat menikmati keindahan air terjun dan mandi manda di sana.
Memilih pakej dikenali Back To Nature, pengunjung memulakan aktiviti dengan menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh Tanah Aina Fareena Cafe and Restaurant.
Pengunjung boleh menjamu selera sepuas-puasnya dengan menu kampung ringan seperti roti canai, kuah dal, kuah sardin, bihun goreng dan tentunya tarikan istimewa iaitu ubi kayu rebus yang dicicah dengan pilihan sambal dan kelapa.
Selepas itu, pengunjung perlu melakukan senaman ringan bagi meregangkan otot badan dengan permulaan halangan menaiki dan menuruni tangga yang agak mencabar.
Kemudian pengunjung mula berdepan cabarab apabila meredah sungai dan berjalan kaki untuk sampai di Lata Fareena dengan ditemani pemandangan menghijau Banjaran Titiwangsa yang tersergam indah.
Sampai di Lata Fareena, selepas mandi manda, secawan kopi dan biskut disediakan sebagai pembasah tekak dan mengalas perut. Kembali semula ke restauran, perjalanan mengambil masa hampir sejam juga.
Dengan perut yang mula berkeroncong, hidangan bufet tengahari yang menanti cukup membuka selera dengan masakan kampung seperti kari ayam, kari ikan dan pelbagai sayuran seperti pucuk paku yang ditanam di kawasan sekitar selain pemanis mulut seperti buah-buahan, kek dan manis turut disediakan.
Suasana kampung yang mendamaikan.Bayangkan pakej yang disediakan untuk semua ini hanya RM100 seorang dengan minimun satu trip seramai 10 orang. Amat berbaloi kerana pakej ini termasuk bufet sarapan pagi, pemandu, kopi atau teh panas di Lata Fareena dan bufet makan tengah hari.
Sementara itu, Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant dibuka kepada orang ramai sejak September lalu adalah sebuah restoran yang dikelilingi oleh alam yang mempesonakan.
Terletak tidak jauh dari ibu kota Kuala dan bandar Bentong yang merupakan pintu utama kenegeri Pahang, restoran ini merupakan tambahan kepada Tanah Aina Cafe iaitu sebuah kafe terkenal di Shah Alam yang memulakan operasinya pada tahun 2013.
Menawarkan tetamu dengan pengalaman alam semula jadi, para tetamu disambut dengan kehijauan Tanah Aina Fareena yang diiringi dengan bunyi arus yang mengalir di sekitarnya.
Tetamu boleh memilih untuk menjamu selera di dewan makan peribadi atau di taman yang ditemani pokok-pokok menghijau.
Menggabungkan menu Asia dan tempatan, kafe ini menyajikan makanan bebas kimia dan makanan percuma MSG dengan sayur-sayuran yang kebanyakannya ditanam di ladang sayuran khas dan ikan air tawar (hasil dari kolam sendiri.
Antara menu yang menjadi tarikan adalah Talapia Steam Nyonya, Ayam Nanas, Udang Mentega, Sotong Telur Asin, Tomyam Seafood dan juga steambot.
Tanah Aina Fareena Café and Restaurant juga memilik dewan utama yang boleh menampung sehingga 70 tetamu yang berperanan untuk pelbagai acara seperti mesyuarat, pelancaran produk dan program keraian lain.
Malah majlis perkahwinan secara eksklusif buat ahli keluarga terdekat dan rakan rapat juga diadakan buat 200 tetamu.
Bagi yang berminat, tempahan atau pertanyaan lanjut boleh menghubungi restoran di +609 233 9112 atau hubungi talian 016609 0493 (Juliet), 016215 9252 (Hannah) dan 0112628 8779 (Sheila). – MalaysiaGazete