MANCHESTER – Kemunculan pertama Ole Gunnar Solskjaer berjaya menyuntik nafas baharu buat kelab itu apabila meraih kemenangan besar sebagai pengurus sementara The Red Devils, pagi tadi.
Solskjaer yang mengambil alih tempat Jose Mourinho sejak Rabu lalu lulus ujian pertama selepas merakam kemenangan 5-1 ke atas Cardiff City dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Pengendali berusia 45 tahun dari Norway itu mengotakan janjinya dengan membiarkan pemain bermain bola sepak, menikmatinya dan menjadi pemain United yang sebenar.
Solskjaer menerap formula baharu bagi membolehkan barisan pemainnya bermain lebih bebas iaitu teknik yang sukar dilihat ketika di bawah kendalian Mourinho.
Formula itu membolehkan mereka berjaya menjaringkan lima gol dalam saingan liga buat kali pertama sejak kali terakhir melakukannya pada perlawanan terakhir dibimbing Alex Ferguson pada 2015.
Pemain muda United juga dilihat serasi dengan cara Solskjaer yang memberi mereka kebebasan bagi membuktikan kemampuan sebenar.
Jesse Lingard berjaya menjaringkan dua gol bagi meraikan pesta gol yang dijaringkan Marcus Rashford, Andery Herrera dan Anthony Martial. – MalaysiaGazette