MILAN – Inter Milan telah mengambil keputusan drastik apabila menghukum pemain bermasalah, Radja Nainggolan atas masalah disiplin.
The Sun melaporkan, kelab Itali itu menggantung pemain antarabangsa Belgium buat sementara daripada sebarang aktiviti bola sepak.
Ini menyebabkan Nainggolan dilarang berada di perkarangan kompleks sukan Inter sepanjang tempoh hukuman dikenakan.
Pemain tengah itu dikatakan sering melanggar peraturan dan kemudian gagal mencapai beberapa sasaran oleh kelab berkaitan dengan kecergasan fizikal dan juga permainan.
Sebelum ini, Nainggolan dikenali dengan masalah cara hidup terutamanya dengan aktviti lewat malam serta masalah displin di luar padang.
Pada Januari lalu, dia memuat naik video mengambil alkolhol dan merokok ketika berpesta menyambut tahun baru.
Kelabnya, AS Roma memberikan amaran keras dan dia disisihkan daripada kesebelasan utama sebelum membuat permohonan maaf kepada semua pihak.
Kejadian itu juga antara faktor dia tidak mendapat tempat dalam pasukan Belgium kerana pengurus, Roberto Martinez dikatakan tidak selesa dengan sikap Nainggolan yang semakin liar.
Pada Euro 2016, Nainggolan pernah meminta bilik hotel khas supaya dia boleh merokok.
Penyokong Belgium kecewa dengan tindakan Martinez namun ternyata Nainggolan, Belgium berjaya menamatkan saingan di tangga ketiga iaitu terbaikk dalam sejarah mereka.
Selepas itu, Inter berusaha mendapatkan Nainggolan. Luciano Spalletti yakin akan dapat mengawal pemain tersebut namun berdepan masalah sama. – MalaysiaGazette