Home Dunia Wartawan TV India ditahan kritik ketua menteri BJP sebagai ‘boneka’

Wartawan TV India ditahan kritik ketua menteri BJP sebagai ‘boneka’

Gambar hiasan

GUWAHATI- Seorang wartawan stesen penyiaran televisyen di India ditahan atas dakwaan mengkritik Parti Bharatiya Janata (BJP) dalam media sosial.

Tindakan wartawan itu dibawah Undang Undang India untuk keselamatan negara telah membawa kepada protes di ibu kota New Delhi.

Kishorechandra Wangkhem berkhidmat dengan stesen televisyen di Manipur.

Beliau didakwa memuat naik beberapa klip video November lalu apabila memanggil Ketua Menteri parti BJP sebagai ‘boneka’ kerajaan Pusat yang dipimpin Perdana Menteri, Narendra Modi.

“Ia satu pencabulan undang-undang dan kuasa kerajaan,” dakwa peguambela Wangkhem, N. Victor menerusi telefon kepada Reuters.

Victor menjelaskan beliau akan mengemukakan rayuan mencabar penahanan anakguamnya.

Kes berkenaan akan didengar di mahkamah Khamis ini.

India merupakan salah satu negara yang mempunyai industri media terbesar dunia.

Malangnya wartawan dan pengamal media di negara itu sering berdepan ancaman dan keganasan.

Negara itu menduduki rangking ke-138 dalam Indeks World Press Freedom.

Ia jauh lebih rendah berbanding Zimbabwe, Afghanistan dan Myanmar berikutan penapisan undang-undang dan pembunuhan beberapa wartawan sejak akhir akhir ini.

Wangkhem telah ditahan atas pertuduhan berbeza di bawah hasutan pada 21 November lalu sebelum dibebaskan sehari kemudian kata isterinya Ranjiyta Elangbam.

Dia ditahan semula pada 27 November di bawah Alta Keselamatan Kebangsaan India yang mana membenarkan dia ditahan melebihi setahun tanpa perbicaraan.

Sejak hari itu dia ditahan di penjara di Imphal.

Lembaga Kehakiman dibentuk di bawah akta India membenarkan penahanannya pada Khamis lalu.

Dalam laman media sosial, Wangkham mengkritik kerajaan negeri memperingati pejuang kebebasan India Utaras Rani Jhansi simbol pahlawan terhadap koloni British pada pertengahan 1800.

Dakwa wartawan itu, ia tidak ada kena mengena dengan pergelutan Manipur menentang British ketika itu.

“Jangan khianat dan menghina pejuang kebebasan Manipur,” dakwanya dalam mesej media sosial itu.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Dalam Negeri Manipur, Dr. TH Charanjeet Singh dalam satu kenyataannya berkata, negerinya telah mempertimbangkan bukti itu dan tidak berganjak dari keputusannya menahan wartawan itu. – MalaysiaGazette