KUALA LUMPUR – Datuk Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie menerima rawatan di hospital selepas mengadu sesak nafas.
“Saya pun tak tau saya sakit apa tapi susah nak bernafaslah,” katanya dipetik dari sebuah portal hari ini.
Difahamkan, Awie sudah mengalami sakit berkenaan hampir seminggu dan kini dirawat di Hospital Ampang Puteri.
Baru-baru ini, Awie Entertainment Sdn Bhd memohon maaf kerana penyanyi rock itu tidak dapat memenuhi persembahan bersama Dragon Malaya di Pesta Pulau Pinang kerana komplikasi yang sama.-MalaysiaGazette