Home Nasional Pelakon wanita, 17 individu ditahan dalam pesta liar, bebas dengan jaminan polis

Pelakon wanita, 17 individu ditahan dalam pesta liar, bebas dengan jaminan polis

Dua suspek berusia 31 dan 40 tahun yang disyaki melarikan seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun di Rasah Jaya, semalam, direman empat hari bermula hari ini.
Polis mendapatkan reman selama tiga hari bagi menyiasat seorang lelaki yang memandu melawan arus hingga menyebabkan kemalangan membabitkan tiga kenderaan semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pelakon wanita serta 17 lagi individu yang ditahan dalam serbuan aktiviti pesta liar di sebuah kondominium mewah di Bukit Ceylon di sini pada Rabu lalu dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Rudy Abdullah berkata pihaknya menahan 11 lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 21 hingga 50 tahun dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Dang Wangi kira-kira 12.30 malam pada 19 Dis lepas.

“Daripada jumlah itu, 18 daripada mereka dibebaskan, sementara seorang lagi dituduh di Mahkamah Jalan Duta semalam,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata lelaki terbabit dituduh mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Media sebelum ini melaporkan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 28 tahun menganjur pesta itu serta dipercayai membiayai semua perbelanjaan termasuk pembelian bekalan dadah.

Dilaporkan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati 11 daripada mereka positif dadah manakala pelakon wanita berusia lingkungan 40-an serta tujuh lagi yang lain didapati bebas daripada penyalahgunaan dadah.

— BERNAMA