Home Dunia Gempa bumi di Sicily

Gempa bumi di Sicily

Gunung Etna yang terletak di Catania. foto Agensi

ROM – Gempa bumi dengan 4.8 magnitud melanda Sicily yang terletak berhampiran gunung berapi Etna yang mula meletus sejak Isnin lalu.

Bencana itu mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang.

Beberapa bangunan dilaporkan rosak selepas gunung itu meletus sekali lagi pada pukul 3.19 pagi waktu tempatan.

Asap dan debu sudah pun melitupi kawasan perkampungan berhampiran.

Penerbangan dari dan ke Lapangan Catania pula digantung buat sementara waktu.

Malah, penduduk di sekitar gunung berkenaan diminta segera menyelamatkan diri.

Pihak berkuasa juga menerima laporan beberapa bangunan di Catania bergegar.

Catania mempunyai kira-kira 30,000 penduduk. – MalaysiaGazette