Home Ekonomi Harga minyak melantun dari paras terendah 2017

Harga minyak melantun dari paras terendah 2017

Gambar hiasan. foto Getty Images

SEOUL- Harga minyak didagangkan bercampur-campur pada Rabu apabila penanda aras AS melantun daripada kerugian teruk semasa dagangan sebelumnya.

Namun begitu, kebimbangan terhadap persekitaran ekonomi global masih berterusan dan menyelebungi pasaran dalam jangka masa lebih panjang.

Kontrak hadapan US West Intermediate (WTI), nauk 35 sen atau 0.82 peratus kepada AS$42.88 setong pada 0152 GMT.

Ia menjunam 6.7 peratus pada sesi sebelumnya kepada AS$42.53 setong, paras terendah sejak Jun 2017.

Dalam pada itu, minyak mentah Brent LCOc1, jatuh 16 sen atau 0.32 peratus kepada AS$50.31 setong.

Pasaran kewangan yang lebih luas mengalami tekanan akibat kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi global di sebalik peningkatan kadar faedah AS dan ketegangan perdagangan di antara AS-China.

Menurut Ketua Dagangan Broker Hadapan Asia Pasifik Oanda di Singapura, Stephen Innes, kebimbangan terhadap mikroekonomi akan berterusan kecuali Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Minyak (OPEC) dapat memberikan keyakinan kepada pasaran bahawa pemotongan bekalan yang dilakukan oleh mereka benar-benar dilaksanakan malah jika boleh, bekalan dipotong dengan lebih banyak.

OPEC dan sekutunya Rusia bersetuju pada bulan ini untuk memotong pengeluaran sebanyak 1.2 juta tong sehari bermula Januari.-Agensi