LONDON – Harga minyak dunia naik kepada AS$51 setong selepas merekodkan paras terendah sejak Jun 2017 ekoran kebimbangan kedudukan ekonomi dunia.
Minyak mentah telah terjejas dalam kelemahan pasaran kewangan yang lebih meluas apabila penutupan kerajaan Amerika Syarikat, kadar faedah Amerika Syarikat yang lebih tinggi dan pertikaian perdagangan Amerika Syarikat-China yang memburukkan lagi kebimbangan terhadap pertumbuhan global.
Minyak mentah Brent, penanda aras global, naik AS$0.43 kepada AS$ 50.90 pada 0949 GMT. Sebelum itu, ia jatuh kepada AS$49.93, terendah sejak Julai 2017 dan mencatatkan kejatuhan 6.2 peratus pada sesi sebelumnya.
Minyak mentah Amerika Syarikat naik sebanyak AS$0.74 sen pada AS$43.27.
Dagangan rendah disebabkan cuti sempena Krismas.
Saham-saham Asia didagangkan semula pada hari ini manakala pasaran di Britain, Jerman dan Perancis masih ditutup.
Walaupun kebimbangan ekonomi meningkat, prospek tidak begitu lemah seperti pada tahun 2016 apabila berlaku lebihan kerana Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) sedang mengekang bekalan mulai tahun depan.
OPEC merancang untuk menurunkan pengeluaran sebanyak 1.2 juta tong sehari. – MalaysiaGazette