SHAH ALAM – Pengeluar produk pencuci, SR Asia Resources Sdn. Bhd. (SR Asia) berjenama Top5 menyasarkan kilang baharunya siap sepenuhnya pada tahun 2020.
Pengarahnya, Mohd. Syukri Ibhrim berkata, ketika ini projek pembinaan hanya baru bermula 15 peratus yang melibatkan kerja-kerja meratakan tanah.
Beliau berkata, kilang bernilai RM25 juta itu terletak di Ijok, Selangor memandangkan lokasi yang strategik kerana berdekatan dengan jalan utama.
“Selepas siap kilang ini, syarikat mampu meningkat pengeluaran sehingga 70 peratus berbanding jumlah kapasiti sekarang sebanyak 50,000 unit produk sebulan.
“Ini kerana kilang baharu akan memiliki mesin automatik dan manual berbanding kilang sekarang yang menggunakan mesin manual,” kata kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.
Beliau ditemui pada Majlis Ulang Tahun TOP5 Detergent keempat dan penyampaian sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu Ampang serta Madrasah Tahfiz Ar-Ruqaiyyah.
Setakat ini, jumlah jualan Top5 adalah antara 40,000 hingga 50,000 unit sebulan
Mohd. Syukri turut memberitahu, SR Asia menyasarkan pertambahan seramai 50 stokis pada tahun depan berbanding 35 stokis ketika ini.
Beliau berkata, sasaran itu mampu dicapai menerusi kerjasama dengan Agrobank menerusi program stokis dalam usaha memberi peluang kepada orang ramai menjadi usahawan.
Beliau berkata, orang ramai boleh merebut peluang itu dengan mendapatkan pinjaman bermula serendah RM1,000 hingga RM50,000 untuk menjadi stokis Top5.
Sementara itu, Top5 dikeluarkan oleh syarikat Bumiputera itu sejak empat tahun lalu dan produk itu mendapat sambutan menggalakan kerana menggunakan bahan-bahan yang diimport dari Itali, Korea, Perancis, Taiwan dan Singapura.
Kelebihan produk Top5 kerana ia merupakan produk ‘3 in 1’ yang berfungsi sebagai pencuci, pelembut dan pewangi.
Setakat ini, jumlah jualan Top5 adalah anatara 40,000 hingga 50,000 unit sebulan dan kebanyakan pembeli terdiri daripada orang perseorangan, pengusaha kedai dobi, pemain industri pembersihan produk dan penjagaan kereta.
Dalam pada ini, Top5 yang telah menembusi pasaran Asia Tenggara memiliki haruman yang mendapat permintaan tinggi seperti Pink Amira, Ultra White, Aplle Mystery, Lemon Blossom yang bersaiz 4 kilogram (kg) berharga RM23, 10 kg berharga RM30 dan 25 kg berharga RM55. – MalaysiaGazette