Home Nasional Bapa didakwa cabul anak kandung

Bapa didakwa cabul anak kandung

Seorang tukang gunting ditahan semalam, selepas dipercayai merogol seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun di sebuah kedai di sini.
Gambar fail

BUTTERWORTH – Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul anak gadisnya berusia 15 tahun, minggu lepas.

Lelaki itu yang berusia 38 tahun didakwa melakukan amang fizikal ke atas anak perempuannya dengan maksud seksual menyentuh badan mangsa di sebuah rumah di Perai dekat sini pada 7.20 pagi, 17 Dis lalu.

Pekerja kontrak itu didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Lim Saw Sim tidak membenarkan sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh bagaimanapun tertuduh merayu agar dibenar ikat jamin.

Hakim Noor Aini Yusof tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 28 Jan ini untuk sebutan kes bagi melantik peguam.

— BERNAMA