Home Ekonomi Bursa ditutup tinggi

Bursa ditutup tinggi

Harga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR  – Bursa Malaysia menepis kerugian semalam untuk ditutup dalam kecenderungan tinggi hari ini, disokong oleh momentum belian yang berterusan.

Seorang peniaga berkata, peningkatan semalaman di Wall Street memberi kesan yang luas terhadap bursa serantau termasuk pasaran saham tempatan.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup meningkat 18.12 mata atau 1.08 peratus pada 1,690.72 daripada 1,672.60 pada Rabu.

Penanda aras itu yang dibuka meningkat 7.11 mata pada 1,679.71, bergerak antara 1,677.33 dan 1,691.65 sepanjang hari.

Suasana pasaran kekal positif dengan 595 untung berbanding 221 rugi, 317 kaunter tidak berubah, 751 tidak didagangkan dan 54 digantung.

Jumlah dagangan adalah 1.60 bilion saham bernilai RM1.21 bilion.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura meningkat 1.12 peratus kepada 3,044.74, Nikkei Jepun meningkat 3.88 peratus kepada 20,077.62 dan Indeks Komposit KOSPI Korea Selatan meningkat 0.02 peratus pada 2,028.44.

Sementara itu, berita bahawa satu pasukan perdagangan dari Amerika Syarikat akan ke Beijing pada minggu 7 Januari untuk mengadakan rundingan dengan pegawai China memberikan petunjuk positif kepada pasaran.

“Pelabur menjangka rundingan berkenaan berpotensi meredakan ketegangan perdagangan antara dua gergasi ekonomi itu,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat lima sen kepada RM9.40, Public Bank menambah 12 sen kepada RM24.88, Tenaga meningkat empat sen kepada RM13.58, Petronas Chemicals mengumpul 17 sen kepada RM9.36 dan CIMB meningkat enam sen kepada RM5.78.

Kaunter aktif, Hibiscus meningkat empat sen kepada 81.5 sen, MyEG meningkat 3.5 sen kepada 96.5 sen, Prestariang meningkat dua sen kepada 42.5 sen, Sapura Energy meningkat setengah sen kepada 29.5 sen sementara Hubline tidak berubah pada empat sen.

Nestle adalah kaunter paling untung, meningkat RM2.50 kepada RM148.00 diikuti BAT yang menokok 80 sen kepada RM36.36, Ajinomoto menambah 60 sen kepada RM19.60, Hong Leong Bank mengukuh 52 sen kepada RM20.72 dan Allianz meningkat 40 sen pada RM12.80.

Indeks FBM Emas meningkat 143.34 mata kepada 11,523.64, Indeks FBMT 100 melonjak 143.64 mata kepada 11,442.76, FBM 70 meningkat 252.04 mata kepada 13,066.56 dan Indeks FBM Ace meningkat 63.17 mata pada 4,237.66.

Indeks FBM Emas Shariah melonjak 161.26 mata kepada 11,485.29.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 146.12 mata kepada 17,347.05, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.91 mata kepada 166.43 dan Indeks Perladangan menambah 74.37 mata kepada 6,829.03.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.11 bilion saham bernilai RM1.10 bilion, daripada 1.10 bilion saham bernilai RM922.04 juta yang direkodkan pada Rabu.

Jumlah dagangan Waran meningkat kepada 328.38 juta unit bernilai RM75.07 juta berbanding 171.23 juta unit bernilai RM25.44 juta pada Rabu.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 161.66 juta saham bernilai RM28.24 juta berbanding 139.32 juta saham bernilai RM19.09 juta pada urusniaga semalam.

Produk dan perkhidmatan pengguna berjumlah 130.28 juta saham didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (171.85 juta), pembinaan (82.71 juta), teknologi (166.47 juta), SPAC (17.18 juta) perkhidmatan kewangan (17.72 juta), hartanah (96.88 juta), perladangan (19.96 juta), REIT (8.59 juta), tutup/dana (21,000), tenaga (274.42 juta), penjagaan kesihatan (22.74 juta), telekomunikasi dan media (27.73 juta), pengangkutan dan logistik (62.02 juta), dan utiliti (16.96 juta). – MalaysiaGazette