KUALA LUMPUR – Selepas sering memuatnaik status yang menyindir kerajaan Pakatan Harapan dalam pelbagai isu, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengulas isu sukan pula.
Ini kelab bola sepak kegemaran bekas Perdana Menteri itu, Manchester United menang selesa 3-1 ke atas Huddersfield dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.
Menerusi akaun Facebook rasminya, Najib memuat naik tangkap layar kedudukan terkini EPL yang menunjukkan The Red Devils berada di tangga keenam.
“Dua kemenangan berturut-turut bawah Ole Gunnar Solskjaer. Rasanya kita dah boleh keluar gua.
“Tangga ke-6 bukan tempat kita. Yakin 2019 kita ke atas #ggmu,” memetik kapsyennya.
Bukan sahaja Najib, penyokong-penyokong Manchester United di seluruh dunia juga sudah mula tersenyum dengan persembahan semakin meyakinkan sejak legenda kelab, Solskjaer mengambil alih kerusi pengurus sebagai pengendali interim.
Perlawanan pertama Solskjaer menentang Cardiff City pada Sabtu lalu menyaksikan United menang besar 5-1, memberi sinar baharu di Old Trafford selepas permulaan musim paling teruk di bawah kendalian Jose Mourinho. – MalaysiaGazette