KUALA LUMPUR – Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand mengesahkan laporan dua letupan di kawasan pelancongan popular di Pantai Samila pada pukul 10 malam waktu tempatan semalam.
Sehubungan itu, Kementerian Luar menasihatkan warga Malaysia yang berada di sekitar kawasan berkenaan berhati-hati dan memantau perkembangan terbaru dari berita tempatan serta pihak berkuasa tempatan.
Rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas dan memerlukan bantuan konsular harus menghubungi Konsulat Jeneral di Songkhla, Thailand di talian +66 93 657 0707.
Kejadian pada malam semalam itu menyebabkan Patung Golden Mermaid serta Cat and Mouse musnah.
Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. – MalaysiaGazette