Home Seni Hidup Agrobank serah zakat perniagaan kepada MAIPK

Agrobank serah zakat perniagaan kepada MAIPK

Mohamad Zabidi Zainal menyerahkan zakat perniagaan Agrobank kepada Sahibus Samahah, Harussani Zakaria.

KUALA LUMPUR – Agrobank menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2017 sebanyak RM103,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) semalam.

Majlis penyampaian itu dilakukan oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Lembaga Pengarah Agrobank kepada Sahibus Samahah Tan Sri Dr Harussani Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Menurut Mohamad Zabidi, sumbangan zakat ini bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan asnaf serta secara tidak langsung dapat mengurangkan kekangan kewangan yang dihadapi mereka.

“Sebagai sebuah syarikat korporat yang bertanggungjawab dan menyedari tentang peningkatan kos sara hidup, pihak Agrobank berharap usaha murni ini dapat membantu golongan asnaf terutamanya menjelang tahun baharu dan permulaan sesi persekolahan tidak lama lagi.

“Pihak kami berharap ianya dapat membantu para asnaf menyediakan keperluan asas seperti pakaian sekolah, kelengkapan sekolah serta lain-lain barangan keperluan asas,” kata Tan Sri Mohamad Zabidi. – MalaysiaGazette