SEOUL – Harga minyak dunia meningkat sebanyak 3 peratus dalam dagangan hari ini selepas merekodkan kerugian pada sesi sebelumnya.
Meskipun begitu, peningkatan stok minyak mentah dan kebimbangan ekonomi dunia menyebabkan pasaran berada dalam tekanan.
Harga minyak mentah Brent naik sebanyak AS$1.18 kepada AS$53.34 setong.
Manakala, minyak West Texas Intermediate pula didagangkan pada harga AS$45.62 setong selepas melonjak 2.26 peratus.
Semalam, ia ditutup kepada AS$44.61 setong selepas susut 3.48 peratus.
Harga minyak jatuh kepada paras terandah dalam lebih setahun pada hari Khamis, sehari selepas menyaksikan peningkatan dalam tempoh dua tahun. – MalaysiaGazette