Home Seni Hidup Petta akan ditayangkan di 140 pawagam seluruh Malaysia

Petta akan ditayangkan di 140 pawagam seluruh Malaysia

KUALA LUMPUR – Malik Streams Corporation yang merupakan pengedar rasmi filem terbaru ‘Petta’ lakonan lagenda Kollywood, Rajinikanth akan ditayangkan di 140 pawagam seluruh negara pada 10 Januari nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer berkata, tayangan serentak di lebih daripada 1,000 skrin pawagam di seluruh negara dengan tiga bahasa iaitu, versi Tamil Hindi dan juga Telugu.

Kata Abdul Malik, hak pegedaran seluruh dunia kecuali India telah diberikan kepada syarikat miliknya sebenarnya satu pengiktirafan besar lagi bersejarah kepada Malaysia yang juga memiliki peminat Rajinikanth yang ramai di sini.

Peminat Rajinikanth di negara ini bukan sahaja dalam kalangan masyarakat India, sebaliknya kaum Melayu juga cukup meminati gaya serta watak bersahaja hero itu sejak dulu lagi.

Filem Kabali edaran Malik Streams pada 2016 telah berjaya mengutip sejumlah RM13 juta, juga merupakan kutipan tertinggi.

“Kita membuat keputusan untuk membuat tayangan di 140 pawagam kerana permintaan terhadap Petta amat tinggi dan sangat dinanti-nantikan.

WhatsApp Image 2018-12-28 at 23.12.40

 

“Lebih 20 buah negara juga akan menayangkan filem Petta edaran Malik Streams Corporation pada hari sama, yang pasti sambutan luar biasa akan dapat kita jangkakan.

“Ketika ini, kita sudah mula melakukan promosi dalam skala paling besar, antaranya menghasilkan poster gergasi di Dataran Merdeka.

“Kami juga akan membuat iklan pada kenderaan termasuk treler, bas, kereta dan sebagainya. Selain itu, media massa serta sosial juga akan digunakan sepenuhnya bagi tujuan promosi, selain ‘roadshows’ di seluruh negara.

“Benar Malaysia yang mengedarkan Petta tetapi dunia sedang menanti dengan tidak sabar, pastinya tayangan di sini sendiri perlu hebat diperkatakan dunia dan kerana itu kami bersungguh-sungguh. Pastinya peminat di negara ini tidak akan sesekali kecewa.

“Sama seperti Kabali, Petta juga akan terus diperkatakan dunia dengan nama Malaysia melalui Malik Streams Corporation menjadi sebutan kelak,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Abdul Malik

Petta merupakan filem aksi yang ke-161 lakonan Rajinikanth yang akan ditayangkan sempena pesta menuai atau lebih dikenali ‘Ponggal’ bagi masyarakat India seluruh dunia.

Filem arahan pengarah muda lagi popular, Karthik Subbharaj dan diterbitkan oleh Kalanithi Maran ini juga dibarisi oleh pelakon tidak calang-calang termasuk Vijay Sethupathi, Simran, Trisha, M. Sashikumar, Nazawuddin Siddiqui, Bobby Simha dan ramai lagi.

Trailer rasmi Petta yang baharu sahaja di lancarkan siang tadi waktu tempatan sudah disaksikan lebih 6.5 juta dengan berjuta-juta perkongsian di laman sosial sejak tadi.–MalaysiaGazette

Rajinikanth ke Malaysia demi filem Petta?