Ketika mengulas kenyataan Mohamed Azmin agar dikaji pelantikan kepimpinan pusat yang baharu, Anwar menggesa Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu memberikan contoh yang baik kepada anggota parti dengan tidak menggunakan media untuk menyatakan isu parti.
“Itu pandangan peribadinya, saya mahu itu menjadi inklusif.
“Beliau mahu orang tertentu keluar, saya mahu semua dibawa masuk, itu perbezaannya.
“Anda tidak boleh menafikan keperluan untuk semua pihak dibawa masuk. Saya telah membawa masuk mereka dari kalangan puaknya (Azmin) dan dari puak Rafizi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Pantai Piala Anwar Ibrahim di sini hari ini.
Anwar berkata beliau memahami bahawa Azmin mempunyai tanggapan peribadi terhadap seorang dua dalam parti.
“Namun saya telah membawa masuk kesemuanya,” kata beliau.
Terdahulu Mohamed Azmin meminta Anwar mengkaji semula pelantikan kepimpinan jawatankuasa pusat yang baharu, seperti yang diumumkan semalam.
Menurut Mohamed Azmin pelantikan itu tidak mencerminkan prinsip adil dan perlambangan terhadap aspirasi anggota parti. – MalaysiaGazette
Anwar? Anwar! Anwar.
Klu Parti dah jadi hak milik julat kamu, mana ada saluran betul lagi dlm Parti.
If you want others to comply, the least you can do, stop be excessive in your prerogative & discretion.
You have been becoming a liability to your own Party. Did you realise it?