Home Seni Hidup Saya mengaku silap – Linda Rafar

Saya mengaku silap – Linda Rafar

Foto Instagram Linda Rafar.

KUALA LUMPUR – Anggota kumpulan Elite, Linda mengakui tersilap apabila memuat naik perbualannya dengan Zizan Razak di Instagram dan menyifatkannya sebagai tidak sepatutnya berlaku.

Linda turut meminta maaf bagi pihak Zizan dan menjelaskan apa cuba disampaikan pelakon itu hanyalah tentang sikap individu yang bodoh sombong dan bukannya menghina pekerjaan jururawat.

“Linda nak minta maaf bagi pihak Zizan. Maksud sebenar Zizan ialah mereka yang berperangai bodoh sombong.

“Linda akui yang tersilap post perbualan peribadi. Sepatutnya tak patut berlaku. Niat Zizan sangat baik, dia nak beri semangat pada Linda dan keluarga,” ujarnya menerusi Instagram miliknya.

Linda sebelum itu melahirkan rasa kecewa terhadap sekumpulan jururawat di sebuah hospital di Shah Alam yang didakwa memberi layanan buruk apabila permintaannya untuk menukar cadar katil ibunya tidak diendahkan.

Isu tersebut kecoh apabila Linda memuat naik mesejnya dengan Zizan di Instastorynya sebagai tanda terima kasih terhadap sokongan pelakon itu terhadap dirinya dan keluarganya. – MalaysiaGazette