Home Utama Saya pemaaf, kata Tun M ulas pujian Lim Kok Wing

Saya pemaaf, kata Tun M ulas pujian Lim Kok Wing

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap pada sesi pergulungan Perhimpunan Agung Armada sempena Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 29 DISEMBER 2018.

Saya seorang yang pemaaf – Dr Mahathir

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sesetengah individu mengambil jalan mudah untuk kembali menyokong mereka yang berkuasa.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu berkata, menjadi lumrah seseorang tidak mendapat sokongan apabila tidak memiliki apa-apa jawatan.

“Kita tahu setengah orang dia cari jalan yang mudah bila ada orang yang berkuasa dia sokong orang yang berkuasa, masa saya tidak ada kuasa, dia tidak sokong, lepas tu dah berkuasa balik dia sokonglah. Banyak orang macam tu,” katanya. selepas mengadakan pertemuan dengan Armada di PICC di sini.

marina

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan anaknya, Datin Paduka Marina terhadap pengasas dan Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing di media sosial kerana kembali memuji beliau.

Ditanya sama ada beliau memaafkan Lim, Dr Mahathir berkata: “I am very forgiving” (saya seorang yang pemaaf). – MalaysiaGazette

Reaksi Marina Mahathir