Home Nasional Surat kekanda adinda tidak manis – Nurul Izzah

Surat kekanda adinda tidak manis – Nurul Izzah

Twitter Nurul Izzah.

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akhirnya memberi respon kepada surat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa yang mengutuskan warkah kepadanya empat hari lalu.

Diam menyepi sebelum ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersuara mengenai warkah itu dalam satu kiriman tweet hari ini.

Izzah menyifatkan warkah itu sebagai ‘tidak manis’ (inappropriate) dan ‘merendah-rendahkan darjatnya’ (condescending).

Pada 25 Disember lalu, Mujahid memuat naik status di Facebook berjudul ‘Warkah dari Cordoba untuk Nurul Izzah’ sewaktu dalam perjalanan dari bandar bersejarah itu ke ibu kota Sepanyol, Madrid.

Dalam warkah itu beliau menggunakan gelaran “kekanda” untuk merujuk kepada dirinya dan “adinda” untuk merujuk kepada Nurul Izzah.

Mujahid berkata ia ditulis menggunakan Bahasa Melayu klasik kerana beliau menghargai nilai kesusasteraan bahasa ibunda.

Warkah itu lantas menjadi viral di media sosial; mengumpul 15,000 komen dan lebih 8,800 perkongsian di Facebook setakat petang ini.

Panggilan “kekanda” dan “adinda” juga sering digunakan secara berjenaka oleh netizen sejak warkah itu ditulis.

Malah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat bergurau isu itu. – MalaysiaGazette