Home Dunia Bangladesh mengundi hari ini

Bangladesh mengundi hari ini

Sheikh Hasina

DHAKA – Seramai 10 juta rakyat Bangladesh dijangka keluar mengundi dalam pilihan raya umum hari ini dengan menyaksikan Perdana Menterinya, Sheikh Hasina bertanding untuk mempertahankan kedudukan buat penggal ketiga berturut-turut.

Sheikh Hasina dijangka memenangi pilihan raya itu.

Beliau berdepan dengan pesaingnya, yang juga bekas Perdan Menteri Bangladesh, Khaleda Zia, 74, yang kini dipenjarakan atas pertuduhan rasuah.

Kira-kira 600,000 anggota keselamatan ditempatkan di seluruh negara bagi memastikan proses pengundian berjalan dengan aman.

Dalam pada itu, lebih 12 orang terbunuh dalam pertempuran dengan pesaing parti-parti politik.

Bagi mengelakkan ketegangan dan propaganda, perkhidmatan Internet di negara ini dihentikan sehingga pilihan raya selesai. – MalaysiaGazette