LONDON – Penyerang Liverpool bakal menikmati bonus sebanyak £135,000 ataupun RM712,566 selepas menjaringkan hatrik dalam perlawanan menentang Arsenal pada awal pagi tadi.
Menurut Mirror UK, Firmino menerima gaji pokok, £68,085 seminggu berdasarkan laporan pendedahan bola sepak, The Dirty Business of Football
Namun Firmino dilaporkan memperoleh £25,000 untuk setiap lima gol pada musim pertamanya, £45,000 untuk antara enam dan 10 yang dijaringkannya, £65,000 dari 11 hingga 15 gol, dan seterusnya £85,000.
Ini bermakna tiga gol pada pagi tadi akan memberi bonus sebanyak £135,000 berdasar gaji pokoknya.
Dalam perlawanan menentang Arsenal, penyerang dari Brazil itu memanfaatkan dua kesilapan pertahanan the Gunners untuk menjaringkan dua gol pertama pasukannya, selepas ketinggalan seawal minit ke-11 hasil jaringan Ainsley Maitland-Niles.
Pada minit ke-14, Firmino menolak masuk gol penyamaan sebelum meletakkan Liverpool di depan dua minit kemudian.
Firmino melengkapkan hat-trick dengan menjaringkan gol kelima Liverpool pada minit ke-65 menerusi penalti tersebut.
Dua gol lagi dijaringkan oleh Sadio Mane dan Mohamed Salah. – MalaysiaGazette