Home Dunia Lelaki wajah alien ingin berkahwin

Lelaki wajah alien ingin berkahwin

Anshu Kumar. Foto The Mirror.

PUNJAB, INDIA – Seorang lelaki yang dikurniakan wajah misteri mahu menjalani kehidupan normal seperti manusia yang lain apabila dia ingin berkahwin dan berkeluarga.

The Mirror melaporkan, Anshu Kumar, 22, yang digelar ‘alien’ kini buntu kerana doktor masih  gagal mengenal pasti punca masalah rupa parasnya itu

Wajah misteri Anshu bermula dari paras mata hingga ke kepala yang kelihatan lebih besar daripada mukanya.

Ketika dilahirkan, ibu bapanya pernah berbincang dengan doktor tetapi mereka beritahu bahawa penyakit pemuda itu tidak boleh sembuh.

Anshu hanya bekerja di kilang dengan menerima gaji 50 pound sebulan (RM264) tidak mampu bertemu dengan pakar yang boleh merawatnya.

Dia berharap kerajaan boleh membantunya dalam menjalani rawatan sekaligus mampu menjalani kehidupan lebih normal.
“Saya lebih senang bersendirian walaupun ingin keluar bersama rakan lain di sini. Selebihnya waktu saya dihabiskan di sebuah kilang kerana bekerja selama sembilan jam.

“Saya berharap wajah saya dapat dipulih secepat mungkin kerana saya mahu berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

“Ini adalah impian saya. Hari ke mana sahaja saya pergi, mereka memanggil saya alien,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

+ posts