Home Nasional Rapid KL lanjut perkhidmatan sempena sambutan tahun baharu

Rapid KL lanjut perkhidmatan sempena sambutan tahun baharu

Rapid KL
Rapid KL

KUALA LUMPUR – Rapid Rail Sdn Bhd dan Rapid Bus Sdn Bhd selaku pengendali sistem rel transit dan bas Rapid KL akan melanjutkan waktu perkhidmatan sempena Ambang Tahun Baru 2019 malam esok bagi memenuhi keperluan orang ramai.

Lanjutan perkhidmatan itu melibatkan sebanyak 14 stesen LRT, MRT, Monorel, BRT serta 15 laluan bas Rapid KL dan perantara MRT.

Stesen LRT yang dilanjutkan perkhidmatan sehingga jam 2 pagi adalah  Stesen LRT KLCC (Laluan Kelana Jaya) dan  Stesen LRT Masjid Jamek (Laluan Kelana Jaya & Ampang).

Manakala terdapat 13 stesen kendalian Rapid KL yang turut dilanjutkan sehingga
jam 1 pagi, iaitu;
1. Stesen LRT Pasar Seni
2. Stesen LRT Ampang Park
3. Stesen LRT USJ 7
4. Stesen LRT Maluri
5. Stesen Monorel Bukit Bintang
6. Stesen MRT Bukit Bintang
7. Stesen MRT Cochrane
8. Stesen MRT Maluri
9. Stesen MRT Mutiara Damansara
10. Stesen MRT Pasar Seni
11. Stesen BRT Sunway Lagoon
12. Stesen BRT Setia Jaya

Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

Sementara itu, perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL turut dilanjutkan selama 15 minit selepas berakhirnya perkhidmatan tren. Laluan bas yang terlibat adalah 751 (Taman Sri Muda – HAB Pasar Seni ), 781 (Taman Medan – HAB Pasar Seni), 772 (Subang Suria – HAB Pasar Seni), 780 (Kota Damansara – HAB Pasar Seni), 300 (Pandan Mewah – HAB Munshi Abdullah), 640 (Taman Sentosa – HAB Pasar Seni), 450 (Terminal Kajang – HAB Lebuh Pudu), 220 (Taman Melawati – HAB Munshi Abdullah), 180 (Taman Dato’ Senu – HAB Pasar Seni), 173 (Taman Jasa Utama – HAB Medan Pasar HL) , 600 (Puchong Utama – HAB Pasar Seni),

Perkhidmatan bas perantara MRT bagi laluan terpilih juga akan dilanjutkan tempoh perkhidmatan. Laluan yang terlibat adalah T803 (Kwasa Sentral), T101/T102/T103 (Sg Buloh), T464 Kajang dan T460 Stadium Kajang.

Rapid KL menyarankan warga ibukota untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pada hari tersebut untuk menggelak dari kesesakan lalulintas terutamanya berdekatan kawasan-kawasan yang akan menganjurkan acara dan pertunjukan untuk menyambut ambang Tahun Baru.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKL atau melayari laman web: www.myrapid.com.my.- MalaysiaGazette