KUALA LUMPUR – Penyanyi Tomok kehilangan bapanya, Ismail Salam yang menghembuskan nafas terakhir semalam akibat strok.
Berita sedih itu dikongsikan oleh Tomok di Instagram miliknya.
“Assalammualaikum…Ayah saya Ismail Bin Salam telah pulang ke rahmatullah baru sebentar tadi.
“Arwah akan dikebumikan di Masjid Alam Damai pada petang ini. Al- Fatihah ayah,” tulis Tomok.
Ismail meninggalkan seorang isteri, enam anak dan 15 cucu.
Jenazah dikebumikan di Masjid Alam Damai, di sini petang semalam. – MalaysiaGazette