Home Nasional Dua lorong di Jalan Sultan Azlan ditutup setiap malam untuk pembinaan MRT

Dua lorong di Jalan Sultan Azlan ditutup setiap malam untuk pembinaan MRT

MRT
Lokasi yang terjejas akibat penutupan lorong-lorong di Jalan Sultan Azlan bagi memberi laluan kepada pembinaan MRT.

KUALA LUMPUR – Terdapat dua lokasi di sepanjang Jalan Sultan Azlan akan ditutup pada setiap malam kecuali Jumaat dan Sabtu bermula 2 Januari sehingga 31 Mei depan.

Menurut MMC Gamuda KVMRT dalam satu kenyataannya di sini hari ini, lorong-lorong berhampiran SCC Hotel dan Jalan Strachan (pintu masuk ke KL Pac) dan berhampiran lampu trafik di hadapan HSBC Bank dan kedai tayar KLH akan ditutup di antara 10 malam sehingga 5 pagi dalam tempoh berkenaan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja berkaitan projek MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP).

Sepanjang tempoh penutupan berkenaan, hanya dua lorong di setiap arah akan dibuka kepada trafik pada satu-satu masa.

Bagaimanapun, warden trafik akan diletakkan di lokasi-lokasi tersebut bagi mengawal keadaan lalu lintas.

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengikut petunjuk arah dan sepanjang tempoh penutupan Pasukan Bertindak Kecemasan Projek MRT akan diarahkan untuk membantu mengawal lalu lintas.

Orang ramai boleh melayari laman web MRT di www.mymrt.com.my or www.mymrt-underground.com.my, Twitter @MRTMalaysia atau @MRTUnderground, Facebook @MRTMalaysia or @MRTUnderground atau menghubungi MRT Hotline at 1-800-82-6868 bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut. – MalaysiaGazette