Home Dunia Mesir bunuh 40 suspek militan

Mesir bunuh 40 suspek militan

pelancong
Pihak berkuasa Mesir berkata serangan sebuah bas pelancong telah membunuh tiga warga Vietnam dan seorang pemandu pelancong wara Mesir.

KAHERAH – Polis Mesir membunuh 40 suspek militan dalam operasi yang dilakukan Sabtu lalu selepas sebuah bas terkena letupan mengakibatkan seorang pemandu pelancong dan tiga warga Vietnam yang sedang bercuti di negara itu maut.

Seramai 30 orang yang didakwa ‘pengganas’ dibunuh dalam serbuan berasingan di Giza yang merupakan lokasi letupan manakala 10 lagi dibunuh di utara Sinai, kata Kementerian Dalan Negeri tanpa mengaitkannya dengan serangan tersebut, lapor SBS News.

Menurut kementerian itu, pihak berkuasa telah menerima maklumat bahawa suspek-suspek telah bersedia untuk melakukan serangan ‘yang menyasarkan institusi kerajaan, khususnya yang berkait dengan ekonomi dan pelancongan, angkatan tengtera, polis dan tempat ibadat Kristian.

Sumber pihak keselamatan berkata, serbuan itu dilakukan pada awal pagi Sabtu, beberapa jam selepas insiden yang membabitkan bas itu yang mana para pegawai menyatakan letupan terkena bas pelancong di daerah Haram berhampiran piramid Giza yang membunuh tiga warga Vietnam yang sedang bercuti dan seorang pemandu pelancong.

Dalam kejadian tersebut, Sebelas warga Vietnam daan sorang pemandu bas warga Mesir mengalami kecederaan, kata pejabat pendakwa raya awam. – Agensi