Home Dunia Pilihan Raya Bangladesh: Perikatan parti pemerintah menang besar

Pilihan Raya Bangladesh: Perikatan parti pemerintah menang besar

Sheikh Hasina
Sheikh Hasina

DHAKA – Seorang pegawai pilihan raya berakata perikatan parti pemerihtah Bangladesh diketuai Sheikh Hasina memenangi pilihan raya semalam dengan menguasai 288 kerusi yang membolehkannya membentuk kerajaan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Helal Uddin Ahmed selesai mengumumkan keputusan pilihan raya pada awal hari ini, lapor agensi berita AP.

Ahmed berkata, parti pemerintah Awami League yang mengetuai perikatan itu memenangi 288 kerusi manakala Parti Jatiya yang dipimpin bekas Presiden, Hussain Muhammad Ershad mempunyai 20 kerusi.

Perikatan pembangkang yang diketuai peguam, Kamal Hossain hanya meraih 7 kerusi manakala parti pembangkang lain memenangi 3 daripada 300 kerusi yang dipetandingkan.

Pengundian di satu kawasan tidak dilakukan semalam dan keputusan bagi satu kerusi tidak diumumkan oleh suruhanjaya itu.

Keputusan pilihan raya itu bermakna Hasima akan membentuk kerajaan bagi tiga penggal berturut-turut. – Agensi