Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui rakyat kini sudah bosan dan tidak lagi memberi perhatian kepada kesalahan kerajaan terdahulu sebaliknya hanya ingin melihat hasil pemulihan negara oleh kerajaan Pakatan Harapan.
Malah Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, ramai rakyat juga yang tidak lagi memberi perhatian kepada tindakan undang-undang yang diambil terhadap pemimpin dahulu.
Perdana Menteri berkata, pemimpin dahulu pula dengan lantang pula cuba mengajar kerajaan tentang cara-cara menangani masalah yang ditinggal oleh mereka.
“Jika mereka begitu pandai, kenapakah mereka tidak betulkan kerosakan semasa memerintah?