Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melancarkan sebuah arca tulisan ‘Putrajaya’ yang ditempatkan di Dataran Putra.
Arca tersebut merupakan mercu tanda baharu yang merupakan manifestasi keutuhan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan sejak dibangunkan pada 1995.
Reka bentuknya diinspirasikan oleh kumpulan pegawai-pegawai pemuda PPj dalam masa sebulan bagi mewujudkan satu tanda Putrajaya yang dalam masa yang sama akan menarik pelancong.
Justeru itu ia diletakkan di tengah-tengah kawsan tarikan di Putrajaya.