Home Dunia Dataran Palestin di Lima, cetus kemarahan Israel

Dataran Palestin di Lima, cetus kemarahan Israel

LIMA – Pihak berkuasa Peru menamakan sebuah dataran di ibu negara Peru sebagai Dataran Palestin, mencetuskan reaksi tidak senang duta Israel ke negara Amerika Selatan itu.

Para pegawai Peru melancarkan dataran di daerah San Borja dengan kehadiran Datuk Bandar, Marco Antonio Alvarez Vargas.

Duta Israel ke Peru, Asaf Ichilevich, mengutuk langkah tersebut dalam hantaran laman Facebooknya.

“Saya menulis ini bagi melahirkan kejutan saja apabila mengetahui pelancaran Plaza Palestin di San Borja, pada hari tempoh khidmat datuk bandar tamat,” tulisnya.

Ichilevic menambah: “Oleh itu kami membantah kewujduan dataran di daerah kami, yang akan menjadi platform sokongan tindakan masa depan Palestin,”.

Bagaimanapun, kedutaan Palestin di Peru menolak pandangan duta itu.

“Kami kesal kedutaan Israel cuba menggangu kehadiran keamanan komuniti kami dengan menggalakkan kebencian menerusi kenyataan fitnah.

“Kami ingin memaklumkan kepada masyarakat bahawa terdapat taman yang dinamakan Ramat Gan Israel di San Borja dan komuniti Palestin tidap pernah mahu merosakkannya

“Sebaliknya, kami menghormati kuasa autonomi institusi Peru dan kepelbagaian komuniti dan budaya yang wujud dalam suasana aman di negara ini,” katanya menerusi kenyataan.

Kenyataan tersebut menambah, para diplomat Palestin akan membuat bantahan rasmi kepada Kementerian Luar Peru terhadap kenyataan Ichilevich itu dan meminta kementerian berkenaan mengambil tindakan wajar dalam perkara itu.

Pada 25 Januari 2011, Peru mengiktiraf ‘kebebasan dan kedaulatan’ negara Palestin dengan menyertai gelombang negara-negara Amerika Latin

“Pada hari ini, kerajaan berkomunikasi dengan duta Palestin di Lima mengiktiraf negara Palestin sebagai bebas dan berdaulat,” kata bekas Menterui Luar Peru, Jose Antonio Belaunde ketika itu.

Brazil mengetuai langkah mengiktiraf Palestin pada akhir 2010 diikuti Argentina, Bolivia, Chile, Ecuador, Guyana dan Uruguay. – Agensi